Karangan budak darjah 6: keluarga saya (lawak)

By Ada_kyo
 

Resepi: patin masak tempoyak

By Ada_kyo
 

Resepi kek: Chocolate oil cake

By Ada_kyo

Bahan-bahannya
2 cawan gula
3 cawan tepung serbaguna
2 sudu teh baking soda
1/2 sudu teh garam
1/2 cawan serbuk koko
1 sudu makan chocolate emulco
2 cawan air
1 cawan minyak sayuran
1 sudu teh esen vanilla

Cara-caranya
Panaskan oven pada 175 darjah C. Dalam bekas, campurkan tepung, gula, baking soda dan serbuk koko. Masukkan air dan minyak sayuran dan esen vanilla. Pukul menggunakan tangan (whisker) sehingga sebati. Tuangkan adunan kedalam cupcakes dan bakar selama 20 minit sehingga masak.
 

resepi: kerabu sotong

By Ada_kyo
sotong - dihiris halus dan rebus tanpa air

bhn dihiris halus :
daun kesum
daun sup
bunga kantan
serai
buah tomato - ptg dadu
cili padi
cili merah
bwg besor

gula
garam
jus limau kasturi

CARA :
gaul kesemua bahan itu hingga sebati. kemudian, hidangkan.


 

NOVEL: Seindah Mawar Berduri

By Ada_kyo
Bingkisan tinta ini kutujukan istimewa buat mereka yang mencari kejernihan redho Ilahi dalam percintaan…
Buatmu…
pencari cinta sejati, cinta yang abadi….
Terimalah….
Seindah Mawar Berduri

“Khazinatul asrar , kau pencuri!”
Khazinatul Asrar tergamam melihat sekeping nota kecil berwarna biru lembut yang terselit di dalam buku Usul Fiqh nya. Seribu persoalan bertandang di benak fikiran.
“Apa yang aku curi?” bisiknya sendiri penuh kehairanan.
Matanya liar memerhati sekeliling dewan kuliah, manalah tahu kalau–kalau ada mata yang sedang melihat reaksinya tatkala dia menatap nota itu…mata yang mungkin sedang nakal melihatnya dirinya diperlakukan begitu. Namun tiada seorang pun daripada rakan sekuliahnya yang menunjukkan reaksi yang mencurigakan. Masing–masing sibuk dengan kerja sendiri.
“Biarkanlah..!!” hatinya berbisik lagi . Dia tidak mahu menyerabutkan fikirannya untuk berfikir soal nota kecil itu yang dirasakan suatu gurauan semata–mata.
Lengan jubahnya ditarik sedikit untuk melihat jam di tangannya. Sudah pukul 8.50 pagi! 10 minit lagi kelas Usul Fiqh akan bermula. Sekejap saja lagi Dr.Maisarah yang sering mengawali waktu akan masuk untuk memulakan sessi kuliyahnya. Tepat seperti apa yang disangka, derapan laju tapak kasut seorang wanita 40-an itu memang cukup dikenalinya. Masuklah doktor falsafah dalam bidang Pengajian Islam
itu. Tatkala itu juga, barulah Khaznatul Asrar sedar bahawa kerusi di sebelahnya masih kosong.
“Mana Hijriah?” getus hatinya. Pandangannya terbuang keluar pintu dewan untuk mencari–cari kelibat rakan sebilik, sekamsis dan sekuliahnya itu kalau-kalau dia terlewat datang. Hampa.
“Mungkin dia kurang sihat…kasihan dia tak dapat mengikuti kuliah hari nie. Tapi…betulkah dia sakit? kalau demam sikit–sikit tu, dia tak mungkin tinggalkan kelas. Hijriah bukan begitu orangnya…” hatinya berbicara sendiri. Sedikit rasa bimbang datang bertamu.
“Hijriah tak datang hari ni? Err , boleh saya duduk sini?”
Lamunan Khazinatul Asrar terhenti oleh sapaan Tsabit yang tiba–tiba datang melabuhkan punggung di sebelahnya tanpa diundang. Khazinatul Asrar hanya mampu berdiam diri, jiwanya beristighfar panjang kerana tidak selesa didampingi oleh seorang lelaki ajnabi. Apatah lagi lelaki itu memang sejak dulu lagi sering untuk cuba untuk mendekatinya tetapi tidak pernah dilayan.
Pelajar–pelajar Fakulti Pengajian Islam, UKM terus memfokuskan perhatian kepada Dr.Maisarah sebaik sahaja kelas bermula.
“Kenapa sorang jea hari nie? Mana Hijriah?” tersembul pertanyaan itu dari mulut Tsabit sedangkan Dr.Maisarah sedang lantang memberikan kuliahnya. Seolah–olah dia ingin memulakan perbualan. Konsentrasi Khazinatul Asrar terganggu seketika. Bibirnya digetap. Geram. Astargfirullah…
“Maafkan saya, saudara. Kita di dewan kuliah sekarang nie!” Khazinatul Asrar bernada agak tegas tanpa menjeling sedikitpun kepada Tsabit apatah lagi untuk menoleh. Dia tidak mahu membuka ruang kepada Tsabit yang sering mencari peluang.
Pandangannya tetap setia tertumpu pada Dr.Maisarah namun pertanyaan Tsabit itu membuat fikirannya melayang memikirkan Hijriah yang tidak datang ke kuliah. Persoalan–persoalan yang berlegar di mindanya ditambah pula dengan ketidakselesaan didampingi Tsabit menyebabkan dia tewas untuk memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dalam sedar mahupun tidak , fikirannya melayang entah kemana. Wajah Hijriah berlegar–legar disudut ingatan. Masakan tidak, Hijriah bersiap–siap seperti biasa pagi tadi. Ceria seperti hari–hari biasa. Langsung tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia sakit. Tak mungkin tiba–tiba sahaja dia jatuh sakit. Apa yang telah terjadi kepadanya?
Terbit pula kesalan dihatinya kerana tidak pergi ke dewan kuliah bersama–sama Hijriah. Bukan apa, Hijriah suka datang lambat sedangkan Khazinatul Asrar lebih gemar datang awal ke dewan kuliah agar bolehlah dia mengulangkaji secara ringan sebelum kuliyah bermula.
Tsabit yang menyedari dirinya telah menimbulkan kemarahan Khazinatul Asrar lagi, mula memberikan sepenuh perhatian kepada syarahan Dr.Maisarah. Dia
selalu tersilap waktu untuk cuba mendekati gadis pujaannya itu. Lantaran itu, setiap kali cuba mendekati Khazinatul Asrar, dia pasti dimarahi secara lembut tetapi tegas olehnya. Malah, sejak awal perkenalan, dia tidak pernah diberi walau seulas senyuman sekalipun. Namun, Tsabit adalah seorang pemuda yang tidak mengenal erti serik dan jemu. Sopan santun, kelembutan, keayuan, akhlak dan keperibadian Khazinatul Asrar membakar semangatnya untuk tidak tewas memenangi hati gadis tersebut. Saban waktu, malamnya ditemani mimpi seraut wajah yang bermahkotakan tudung labuh sebagai penghias diri dan dilindungi jubah, sunnah sahabiah. Dia igaukan seorang bidadari yang beridentitikan Muslimah sejati.
‘Tomorrow…please present this topic. Assalamualaikum..’” Dr Maisarah mengakhiri sesi kuliyahnya yang telah sejam berlalu.
“Astargfirullahal azhim…apa yang aku dapat hari ni?” spontan Khazinatul Asrar menuturkan kata–kata itu membuatkan Tsabit berpaling kepadanya. “Kenapa Asrar?” Tsabit memberanikan diri bertanya. Prihatin.
“Err.. nothing!” Khazinatul Asrar cepat–cepat berdalih dan mula menyibukkan diri mengemas buku–buku di hadapannya.
“Saya tahu, awak tak salin apa–apa nota tadi, kan? awak fikirkan sesuatu ye?!” Tsabit cuba menduga. Memang sepanjang kuliah matanya sering menjeling-jelling. Khazinatul Asrar bingkas bangun dari kerusinya untuk segera mengakhiri perbualan yang tidak diminta itu.
“Maaf, saya nak pulang dulu,” getusnya seolah–olah acuh tak acuh dengan pertanyaan Tsabit.
“Ish, sombongnya!” keluh Tsabit.
“Sombong pun sombonglah.. thanks!’” balas Khazinatul Asrar bersahaja. Langkahnya mula diatur. Pantas Tsabit memintasnya.
“Nanti…!” halang Tsabit. Khazinatul Asrar menundukkan pandangannya. Tidak sanggup untuknya menentang renungan mata dari pemuda yang berdarah Melayu-Libya itu. Dia hanya mampu mendengus lemah. Geram bila langkahnya disekat. Hatinya berzikir.
“Err…Kalau awak sudi, pinjamlah nota saya nie,” sambil tangannya menghulurkan sebuah buku nota yang cantik bersampul biru muda.
“Terima-kasih jealah…saya boleh merujuknya semula dengan rakan-rakan perempuan yang lain,” balas Khazinatul Asrar. Menolak.
“Kalau macam tue, awak tolonglah pinjamkan nota saya nie untuk Hijriah.” Tsabit masih tidak berputus asa. Dia tahu Hijriah sebilik dengan Khazinatul Asrar. Masih ada strategi lain!
“Sekali lagi, terima kasihlah saudara. Hijriah pun boleh merujuk nota lain bersama saya nanti. Lebih baik saudara bawa pulang saja nota saudara nie dan buat revision untuk presentation esok,” tegas Khazinatul Asrar.
“Ish, sombong betullah. Tak baik tau! Allah tak suka orang sombong. Baca dalil karang, baru tau…” Tsabit mula geram dengan penolakan demi penolakan.
“Jangan memandai dengan dalil, tengok situasilah. Allah lagi tak suka orang…” kata-kata Khazinatul Asrar cepat–cepat dipotong….
“Awak memang tak sudi dengan nota saya dan macam–macam alasan awak bagi. However, saya amanahkan awak pinjamkannya untuk Hijriah.” Tsabit bernada merajuk dan meninggalkan notanya diatas kerusi sambil berlalu pergi. Khazinatul Asrar menggeleng–gelengkan kepalanya. Dia berasa geli hati dengan perbuatan Tsabit yang beria–ria untuk meminjamkan buku notanya. Bagaikan hanya dia seorang sahaja yang menyalin nota Dr.Maisarah. Setelah difikir–fikir, Khazinatul Asrar akhirnya membawa pulang nota Tsabit itu untuk diberikan kepada Hijriah memandangkan perkataan ‘mengamanahkan’ yang Tsabit tuturkan.
Langkahnya disusun kemas untuk pulang ke kamsisnya. Lamunan tentang Hijriah hadir lagi, seolah–olah episodnya bersambung sejak dari dewan kuliah tadi. Hijriah belum pernah ponteng kuliah seperti hari ini. Sebagai teman sebilik, dia terlalu ingin tahu keadaan Hijriah di saat itu. Sakitkah dia? Khazinatul Asrar mula berasa bersalah terhadap dirinya sendiri yang mungkin terlalu sibuk mengejar waktu hingga agak mengabaikan situasi teman sebiliknya itu sejak kebelakangan ini. Penglibatannya sebagai salah seorang perwakilan pelajar PMUKM ( Persatuan Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia ) sudah cukup membuatkan hari–hari yang dilaluinya terlalu padat dan singkat. Tenaga, wang dan waktu lapang banyak dikorbankan untuk perjuangannya di kampus itu. Waktu malamnya pula dihabiskan untuk menyiapkan assignment di Perpustakaan Tun Sri Lanang, perpustakaan terbesar di asia tenggara. Baginya tiada istilah rehat selagi dia tidak mampu menyeimbangkan sebijaksana mungkin masa yang dia ada untuk menunaikan tanggung jawab. Khazinatul Asrar menyedari kebenaran kata–kata As-Syahid Al-Iman Hassan Al-Banna:
“…kewajipan yang perlu kamu lakukan lebih banyak daripada masa yang kamu ada.”

bersambung...

 

Airmata wanita

By Ada_kyo

Suatu ketika, ada seorang anak lelaki yang bertanya pada ibunya. “Ibu, mengapa ibu menangis?” Ibunya menjawab, “Sebab, aku wanita.” “Aku tak mengerti,” kata si anak lagi. Ibunya hanya tersenyum dan memeluknya erat. “Nak, kamu memang tak akan mengerti...” Kemudian, anak itu bertanya pada ayahnya. “Ayah, mengapa ibu menangis? Sepertinya ibu menangis tanpa ada sebab yang jelas?” Sang ayah menjawab, “Semua wanita memang menangis tanpa ada alasan.” Hanya itu jawapan yang bisa diberikan ayahnya. Lama kemudian, si anak itu tumbuh menjadi remaja dan tetap bertanya-tanya, mengapa wanita menangis.

Pada suatu malam, ia bermimpi dan bertanya pada Tuhan. “Ya Allah, mengapa wanita mudah sekali menangis?” Dalam mimpinya Tuhan menjawab. “Saat Kuciptakan wanita, aku membuatnya menjadi sangat utama. Kuciptakan bahunya agar mampu menahan seluruh beban dunia dan isinya, walaupun juga, bahu itu harus cukup nyaman dan lembut untuk menahan kepala bayi yang sedang tertidur.

Kuberikan wanita kekuatan untuk melahirkan, dan mengeluarkan bayi dari rahimnya, walau, seringkali pula, ia kerap berulangkali menerima cerca dari anaknya itu.

Kuberikan keperkasaan, yang akan membuatnya tetap bertahan, pantang menyerah, saat semua orang sudah putus asa. Wanita, kuberikan kesabaran, untuk merawat keluarganya, walau letih, walau sakit, walau lelah, tanpa berkeluh-kesah.

Kuberikan wanita, perasaan peka dan kasih sayang, walau tak jarang-jarang anaknya itu melukai perasaannya, melukai hatinya. Perasaan ini pula yang akan memberikan kehangatan pada bayi-bayi yang terkantuk menahan lelap. Sentuhan inilah yang akan memberikan kenyamanan saat didakap dengan lembut olehnya.

Kuberikan wanita kekuatan untuk membimbing suaminya, melalui masa-masa sulit, dan menjadi pelindung baginya, kerana bukankah tulang rusuklah yang melindungi setiap hati dan jantung agar tak terkoyak?

Kuberikan kepadanya kebijaksanaan, dan kemampuan untuk memberikan pengertian dan menyedarkan bahawa, suami yang baik adalah yang tak pernah melukai isterinya. Walau, seringkali pula, kebijaksanaan itu akan menguji setiap kesetiaan, yang diberikan kepada suami, agar tetap berdiri, sejajar, saling melengkapi, dan saling menyayangi. Dan akhirnya, Kuberikan ia airmata agar dapat mencurahkan perasaannya. Inilah yang khusus Kuberikan kepada wanita, agar dapat digunakan kapan pun ia inginkan. Hanya inilah kelemahan yang dimiliki wanita, walaupun sebenarnya, airmata ini adalah... AIRMATA KEHIDUPAN....

 

sweet memories

By Ada_kyo
rindu kenangan kita bersama. hope our frienship will last forever. hehehe
 

sweet memories with my bestfriends

By Ada_kyo
 

10 wasiat Rasulullah saw

By Ada_kyo

"1.Telah bersabda Rasulullah saw, barang siapa menyebut nama Allah sebelum fajar dan sebelum terbit matahari atau sebelum terbenamnya, nescaya Allah malu untuk menyeksanya dengan api neraka.

2.Telah bersabda Rasulullah saw, apabila engkau selesai sembahyang subuh, duduklah sehingga matahari terbit. Maka sesungguhnya Allah taala akan menulis pahala haji dan umrah atau pahala memerdekakan hamba atau bersedekah seribu dinar pada jalan Allah.

3.Telah bersabda Rasulullah saw, biasakan dirimu berdoa antara azan dan iqamat, sesungguhnya doa itu tidak akan ditolak.

4.Telah bersabda Rasulullah saw, hamba yang paling dicintai Allah ialah orang yang sujud sambil berkata dalam sujudnya…’Ya Allah,bahawasanya aku telah menzalimi diriku, maka Kau ampunilah aku. Sesungguhnya tidak ada apa yang mengampuni dosa melainkan Engkau.

5.Telah bersabda Rasulullah saw, sembahyanglah Engkau di tengah malam walau sekadar memerah susu kambing. Sesungguhnya orang yang bersembahnyang di tengah malam itu adalah secantik-cantik manusia mukanya.

6.Telah bersabda Rasulullah saw, sesungguhnya para malaikat akan memohon keampunan bagi manusia selagi dia berada dalam kesucian dan tidak berhadas.

7.Telah bersabda Rasulullah saw, lazimkanlah diri dengan sembahyang secara berjemaah kerana disisi Allah adalah seperti jalan mu mengerjakan haji dan umrah. Dan tidak ada yang bersungguh-sungguh menunaikan sembahyang jemaah melainkan orang mukmin yang dicintai oleh Allah swt.

8.Telah bersabda Rasulullah saw, berangsiapa yang Allah berikan nikmat kepadanya, dia bersyukur dan Allah beri dugaan, dia bersabar dan jika dia berbuat jahat dia memohon ampun,nescaya bolehlah dia masuk syurga dari pintu mana yang dikehendaki.

9.Telah bersabda Rasulullah saw,berangsiapa yang membaca surah At-Thaariq pada waktu malam sebelum tidur, nescaya dituliskan baginya sebanyak bilangan bintang di langit menjadi kebajikan.

10.Telah bersabda Rasulullah saw,berilah salam kepada orang yang engkau jumpai daripada kaum muslimin, nescaya Allah tuliskan bagi mu 20 kebajikan dan jika menyambut salam, maka Allah akan tuliskan 4o kebajikan."

 

hi mek

By Ada_kyo
PERWAJA Steel Kemaman
 

Reasons Why A Girl Should Marry An engineer

By Ada_kyo

When Choosing A Mate, Compare These

Other Professionals To Engineers

DOCTOR

Supposedly, all women are after a

Doctor, so don't expect your

relationship to last more than 5

years. Eventually, he'll run off with

some nurse from his office, or one of

his young women patients that is

pretending to be sick. He'll wait

until you are stuck with a few kids

to do this. This is not a problem with

your Engineer husband. He had a hard

enough time meeting you. It is

unlikely he'll ever meet another

woman in his profession.

LAWYER

Do you seriously expect an honest,

trusting relationship with someone who

gets paid for lying? Once again, this

is not a problem with your Engineer

spouse. He doesn't have enough social

skills to lie convincingly. An

additional drawback to marrying lawyer

is when the divorce happens you will

get nothing.

SALESMAN

See honesty segment under Lawyer.

Plus, he will be traveling to trade

shows, etc. where he will be in the

company of other equally trustworthy

individuals. Don't be surprised when

you get the invitation to show up on

the Ricki Lake show. The company that

your Engineer husband

works at will keep him in a cage,

often called a cubicle, until he is

ready to go home to you.

TEACHER

The only reason he entered this

profession is so that he could be

surrounded by newly post-pubescent

girls who idolize him. He'll be in

jail soon, and then you'll have to

look for another man.

HAZARDOUS PROFESSIONS, I.E.

FIREFIGHTER, CONSTRUCTION WORKER, ETC.

Your husband, if he is not dead by

some accident, will likely be crippled

with a back injury, etc. just about

the time you are at your sexual peak.

The only hazards that your

Engineer husband will face is losing

his eyesight by staring at the

computer terminal for too long. This

hazard actually has some benefits.

For one, he will not notice that you

are getting older, since you will be

a blur. He will remember you as when

he first met you, because the memory

will still be sharp.

And If you think he is looking at

another woman, and you ask "Honey,

were you looking at her?", he'll

honestly be able to say that he

didn't even see her.

so girls,go grab an engineer!

 

nur islam

By Ada_kyo
"Gantunglah cita-citamu di tempat yang tinggi supaya ia tak dapat dimusnahkan oleh orang lain kerana cita-cita adalah sumber kekuatan perjuangan yang tak terhingga." Imam Abu Hanifah
 

gambar my hubby

By Ada_kyo

my hubby kat universiti malaysia pahang


















 

By Ada_kyo
sape2 yang kenal aku, leh la contact aku. email dah ada terpampang kt atas tu. keh keh keh
 

my hubby

By Ada_kyo
 

my personal site

By Ada_kyo
selamat datang ke blog ada. blog ni di'create' khas utk kwn2 baik ada tak kira masa kat skolah convent sp, mrsm beseri, matrix arau & ums terutama k.ina, niza, hani dan geng2 aqua.